Monday, May 23, 2011

Kesalahan Dalam Teguran


Remember this...
Remember this and keep it very dear to your heart.
Dan jangan ulangi kesilapan yang sama..
Jangan..
Cause it hurts!
And it hurts so much until you want to tear yourself apart ( dan berpaling dari tarbiyah/jemaah?)
Dan terkadang kesalahan kecil kita sebagai murabbi dan qiyadah menjadikan batu api bagi syaitan untuk disemarakkan pada hati mutarabbi dan jundiy kita.Maka, awaslah!
Belajarlah dari kesalahan orang lain. ( dan tentu belajar dari diri sendiri juga).
And when you reach the above or become leader, please, please Aisyah, go back to what you write today, and remember these...

1) Bila nak menegur seseorang, tegurlah dengan cara paling baik dan pada waktu paling tepat sekali.
Yang penting, bukanlah untuk sampaikan teguran itu, paling penting adalah supaya teguran itu diterima.
Maka sediakan mekanisme terbaik untuk melakukan teguran itu.
Tak kiralah teguran itu dirasakan dalam suasana penuh kasih sayang, tapi jika cara dan waktu tidak tepat, kamu hanya akan menyalakan lava yang tengah meluap-luap amarahnya.

2) Jalinkan kecintaan sebelum meminta ketaatan. Jalinkan kepercayaan sebelum memberikan nasihat.
Adakah adil jika kamu menegur seorang mutarabbi mahupun jundiymu, dalam keadaan kamu tidak merasai ikatan hati, ataupun paling penting, dia TIDAK merasai kasih sayang dari kamu?
Tentu tidakkan?
Kamu tak pernah endahkan dia, tak pernah mendengar masalah dia, tak pernah membantu dia..
Dan kini kamu hadir padanya, meminta ketaatan dan mahu menegur sahaja?
Jadilah seorang murabbi, yang ada ikatan hati dari sudut ayah, abang, syeikh dan guru pada anak muridnya.
Berkenalanlah, bantulah dia, dan cintailah dia, sebelum kamu meminta ketaatan dan juga menegur kesalahan dia.
Memang betul dia wajib mentaati kamu sebagai kepimpinan. Benar, dia ada kesalahan sebagai jundiymu, tapi santunilah keanak-anakan dan kenaifan dia dalam tarbiyah. Hargailah semangatnya dalam beramal, dan didiklah dia dengan penuh cinta, bukan kritikan dan sindiran yang mengundang kebencian.
Sudah namanya jundiy dan mutarabbi, memang dia akan banyak buat kesalahan. memang dia perlukan bimbingan. Memang dia takkan perfect. Maka, santunilah perkara itu dengan baik.

3) Carilah medium terbaik dalam memberikan teguran/didikan.
Barangkali kamu bukanlah orang yang terbaik dalam menegurnya. Carilah orang yang hati mutarabbi dan jundiy kita lebih terbuka untuk menceritakan segalanya. Carilah orang yang pandai berbicara dalam memberikan didikan ini. Jadikan mereka orang tengahmu. Jika orang lain lebih pandai menegur darimu.
Elak gunakan medium:
a) emel
b) sms
c) telefon
Ketika menegur dan memberikan didikan. kerana manusia sangat banyak salah faham jika teguran itu tidak bernada, dan jika teguran berlaku secara sehala tanpa bertanya apakah asal usul punca masalah itu berlaku.
Bertemulah, berjumpalah, dan peluk mutarabbi itu penuh cinta, sebelum duduk mendengar penjelasan darinya.
Insyaallah, dia akan membuka hatinya pada kamu.

4) Cari masa sesuai dan tenang dalam memberikan teguran.
Bukan sepuluh minit sebelum mutarabbi kita nak menyampaikan usrah, di waktu itulah kita menegur dia. Hancurlah perasaan dia, dan menurunlah semangat dia dalam amal.
Bawalah dia pergi ke kedai makan. Berboraklah perihal-perihal santai sebelum membicarakan hal serius.
Bukalah hati dia dahulu menerima kamu sebelum kamu menyampaikan apa2 pada dia.
Duduk bersemuka dengan dia, dalam keadaan dia tenang, bukan ketika dia sedang mengalami tekanan perasaan yang mengancam.
Ambil waktu paling tepat sekali. Jangan gopoh dan tidak bersabar...

5) Anggaplah dia seperti adik sendiri/anak sendiri/diri sendiri.
Fahami dan dengarilah dia sebelum kita menegur.
Dan tegurlah dengan cara seperti mana kita mahu diri kita sendiri ditegur.
Mulakan dengan pujian dan penghargaan, kemudian barulah membuka topik perbincangan.
Jangan memandang rendah akan dirinya. Jangan membuatkan dia rasa begitu hina, lebih hina dari tanah. Jangan bagi dia rasa down selepas teguran. Setiap manusia ini ada ego yang perlu dijaga.
Kerana setiap nasihat, kita mahukan perubahan. Bukan mahu dia lari dari tarbiyah!!!

6) Paling penting, jangan menegur dalam keadaan kita sangat beremosi.
Solatlah dahulu. Biarkan waktu melegakan hati kita. Minta pada ALlah diberikan cara dan petunjuk terbaik dalam menegur.
Niat yang ikhlas sahaja takkan menjamin teguran itu diterima, cara kena amat betul dalam penyampaian...
Inilah dia Aisyah, ingatlah perkara ini betul-betul. Kerana manusia lain akan terluka jika kamu lakukan pada mereka apa yang pernah manusia lakukan padamu. Ingatlah sebaiknya.
Malah, jika kau menjadi qiyadah mahupun murabbi agung sekalipun, engkau tidaklah superior dari mereka, Engkau tidaklah lebih baik dari mereka, Mungkin lebih teruk sekalipun.
kerana itu, teguran itu dibuat atas dasar dirimu bersedia untuk ditegur dan berubah juga. Dirimu mahu juga ditegur dan dinasihati selalu....
Ajaib apabila melihat, kematangan hidup dan pengalaman bergaul dengan ramai manusia, amat memberi kesan kepada perwatakan dan kata-kata pada seseorang.
Dan aku melihatnya pada dua generasi yang berbeza. Dan aku merasakan benar, pengalaman sahaja dapat memberikan kematangan dalam kepimpinan.
Dan kita yang menjadi tentera kecil mahupun mutarabbi hina ini, perlu belajar dari kesilapan ini. Jangan ulangi perkara sama. Jadilah manusia lebih baik.
Seperti mana aku harap kamu juga belajar dari kesilapan aku , membetulkan kesilapan aku, dan sentiasa menjadi lebih baik dari aku.
Aku lebih bahagia begitu walaupun tingginya kedudukan aku di mata jemaah dan dunia, kerana kedudukan kita di sisi Allah itu lebih utama..
Dan betul, teguran pada qiyadah/naqibah juga perlu sama sahaja seperti di atas. kita jemaah manusia, bukannya robot dan tentera. Ada emosi dan masalah. maka belajar cara berkomunikasi dengan baik.

Tips Untuk Survive Percintaan Jarak Jauh


Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pernah baca 5 Tips dalam Berpasangan? Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.


 Setia walaupun jauh
 Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?

 Berjumpalah walaupun seketika
 Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.

Tanyalah khabar
 Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

 Sambut hari ulang tahun bersama
 Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah
 Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

 Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

Rahsia Cinta Sejati Dan Rahsia Cinta ‘Bertoksik’


1. Cinta Sejati- Berkompromi, berbincang dan saling bertukar tempat sebagai ketua dalam perbincangan. Bersama-sama menyelesaikan masalah pasangan dan perhubungan.

Cinta Bertoksik- Cuba menguasai dan mengawal: menuduh; memanipulasi secara pasif dan agresif terhadap pasangan.

2. Cinta Sejati- Mempunyai keinginan secara individu selain bersama pasangan. Contohnya mempunyai rakan-rakan; menjaga perhubungan yang bermakna dengan pihak lain seperti keluarga anda dan keluarga pasangan, saudara-mara dan sebagainya.

Cinta Bertoksik- Penglibatan secara total dalam perhubungan; mempunyai percampuran yang amat sedikit dengan orang lain; tidak mengendahkan rakan-rakan lama dan sahabat baik malah keluarga sendiri

3. Cinta Sejati- Menggalakkan perkembangan pasangan dari segi pertambahan ilmu, kematangan, mentaliti dan sikap positif.

Cinta Toksik- Mengongkong sikap dan tindak-tanduk pasangan; takut pasangan berubah.

4. Cinta Sejati- Kepercayaan yang kukuh dan bersesuaian terhadap pasangan.

Cinta Toksik- Cemburu buta; menguasai dan mengongkong hidup pasangan kerana takut sangat pasangan berubah hati.

5. Cinta Sejati- Menerima kekurangan pasangan; menghormati pasangan sebagai seorang individu yang mempunyai kelemahan sebagai manusia biasa.

Cinta Toksik- Cuba mengubah pasangan ke arah acuan dan imejnya sendiri.

6. Cinta Sejati- Bila pasangan tidak ada bersama, mampu menjaga dan mengawal diri serta boleh melakukan aktiviti harian dengan normal; hidup tetap ceria.

Cinta Toksik- Tak boleh berenggang; gelisah bila keseorangan tanpa berjumpa atau pasangan di sisi walaupun untuk masa yang singkat.

7 Cinta Sejati- Perhubungan berdasarkan kehidupan sebenar dan sentiasa berpijak pada realiti dan bumi nyata.

Cinta Toksik- Perhubungan berdasarkan fantasi dan mengelak dari realiti.

8. Cinta Sejati- Kedua-dua pasangan faham akan tanggungjawab menjaga diri sendiri dan hubungan secara bersama; tahap emosi individu tidak bergantung pada ‘mood’ pasangannya. Sebagai contoh, bila yang seorang sedang marah, seorang lagi mampu mengawal emosi dan keadaan dengan baik.

Cinta Toksik- Mengharapkan pasangan secara total menjaga perasaan dan dirinya. Harapan pasangan akan menyelamatkannya dalam apa jua keadaan tanpa mengambil inisiatif sendiri.

9. Cinta Sejati- Sikap sentiasa untuk membangun dan memajukan diri sendiri amat diberi perhatian. Bila ini berlaku, perhubungan akan secara langsung maju dan bahagia.

Cinta Toksik- Terlalu ‘obses’ dengan perhubungan/percintaan sehingga tidak mengendahkan kemajuan dan pembangunan diri. Akhirnya hubungan akan turut hancur.

10. Cinta Sejati- Sentiasa berada dalam kitaran perhubungan yang selesa dan perasaan dilindungi.

Cinta Toksik- Sentiasa berada dalam kitaran perhubungan yang derita, perasaan takut dan curiga.

p/s:B...moge hubungan kita adalah cinta yang sejati….bukan cinta bertoksik..
jauhkan sikap yang same dengan cinta bertoksik k????

9 Jenis Anak Syaitan

1.Zalituun:
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang2 yang tidak perlu.

2.Wathiin :
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3.A'awan :
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf :
Berkawan baik dengan kaki botol.Suka menghampiri orang yang berada di tempat2 maksiat (cth:disko,kelab malam & tempat yang ade minuman keras).

5.Murrah :
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah.
Mereka ini tenggelam dalam kerseronokan dan glamor etc.

6.Masuud :
Duduk dibibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah,gosip,umpatan dan apa saja penyakit yang bermula dari kata2 mulut.

7.Daasim :
Duduk di pintu rumah kita.Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah.Dasiim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga(suami isteri cerai berai,suami bertindak ganas,memukul isteri,isteri hilang pertimbangan menuntut cerai,anak2 didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan :
Menimbulkan rasa was2 dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat2 yang lain.

9. Lakhuus :
Merupakan sahabat orang majusi yang menyembah api/matahari.


p/s:ade tak kiter pernah kawan dgn syaitan nie???
or mmg slalu...hehee...tnye la dri sndri...

4 Golongan lelaki Yang Ditarik Oleh Perempuan Ke Neraka...


 Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.


Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.


Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.


Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya.


Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /abang atau anak harus memainkan peranan mereka ya.


P/s: Isk3, terasa beratnya tanggungjawab utk jadi lelaki nie. Sebab tu kita pernah dgr seindah-indah hiasan dunia adalah wanita solehah... 

copy...copy...copy...copy...paste..paste..paste..paste..
Sy bwu blaja merangkak ler..huhuhu...
sowy...